PETRA Skuad Zon Selatan (Johor) - Tinjauan ke Lokasi Banjir di Kampung Sepakat Baru Skudai, Johor
PETRA menerusi agensinya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) senantiasa bersiap siaga di lapangan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya semasa musim banjir.
Skuad PETRA yang diketuai oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA bersama pasukan telah melawat kawasan banjir di Kampung Sepakat Baru, Daerah Kulai bagi meninjau kawasan yang terjejas akibat banjir.
Tinjauan turut memberi tumpuan kepada lokasi pembinaan stesen siren amaran banjir di bawah pelaksanaan Projek Pembangunan Program Ramalan dan Amalan Banjir (PRAB) Fasa II, yang bermula pada tahun 2022 dan dijangka siap pada Ogos 2025.
Sebanyak 25 keluarga, melibatkan 80 mangsa banjir, telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Senai.