PETRA Skuad ke Tapak Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sg. Jernih, Melaka
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama PETRA Skuad telah membuat lawatan ke Tapak Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sg. Jernih, Alor Gajah Melaka.
Empangan ini bakal dibina bagi menampung keperluan pertambahan penduduk di Melaka sehingga 2030 seterusnya mengurangkan kebergantungan sumber air mentah dari Negeri Johor.
Penambahan kapasiti air mentah akan menyumbang kepada kemampanan bekalan air bagi memenuhi keperluan pengguna di daerah Alor Gajah untuk mengatasi masalah kekurangan sumber air terutamanya pada musim kemarau.