Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2025 Peringkat Dasar, Parlimen Malaysia
YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Haji Fadillah Yusof selaku YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA semasa sesi Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2025 Peringkat Dasar telah menyatakan berkenaan peruntukan RM4.95 bilion kepada PETRA bagi meneruskan agenda transformasi tenaga dan air negara. Fokus utama termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) untuk tenaga boleh baharu, Program Net Energy Metering dan Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS), serta pembangunan 3,171 stesen pengecas EV di seluruh negara.
PETRA juga komited mengurangkan risiko banjir dengan 43 projek tebatan berkeutamaan tinggi yang melindungi 6.7 juta rakyat, di samping peruntukan RM556 juta untuk meningkatkan kualiti air sungai. Komitmen ini disokong oleh usaha serantau melalui ASEAN Power Grid, selaras dengan visi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk memastikan masa depan tenaga yang mampan.