Perasmian Sustainable Finance Forum, Kuala Lumpur
YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, Dato' Sri Haji Fadillah Yusof, menegaskan dalam ucaptama beliau bagi Forum Kewangan Lestari IIF—Maybank bahawa Malaysia berada di landasan menuju Sifar Bersih 2050 melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) di Shangri-La, Kuala Lumpur hari ini.
Dengan penjimatan elektrik 5.82% dan nilai RM2.21 bilion yang dicapai, serta 49 rancangan tebatan banjir yang telah disiapkan, PETRA komited membina masa depan mampan menerusi 𝘈𝘚𝘌𝘈𝘕 𝘗𝘰𝘸𝘦𝘳 𝘎𝘳𝘪𝘥 dan pelaburan RM4.95 bilion dalam sektor tenaga dan air.
YAB TPM yang juga Menteri PETRA turut merakamkan penghargaan kepada Maybank dan IIF atas kerjasama yang diberikan bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar dan rakyat terpelihara.