Perjumpaan KSU PETRA Bersama Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik

YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini berjumpa bersama Kadet PTD yang ditempatkan di PETRA untuk menjalani Submodul Strategic Partnership Programme, Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN Tahun 2024/2025.
Turut bersama dalam perjumpaan itu tadi ialah YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) dan Puan Syaripah Nurzalilie binti Syed Kamarzaman, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.