Program Agihan Bubur Lambuk Anjuran Surau An-Nur, Kelab dan Puspanita PETRA

Penyediaan bubur lambuk yang melibatkan aktiviti memasak secara beramai-ramai dapat menyerlahkan semangat kerjasama dan kesediaan berkongsi rezeki dalam bulan Ramadan, begitu juga dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Surau An-Nur, Kelab PETRA dan PUSPANITA PETRA hari ini bergotong-royong memasak bubur lambuk.
Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada Warga PETRA termasuklah pengurusan tertinggi PETRA sendiri iaitu YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA. Aktiviti ini berjaya mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan Warga PETRA.
Pada sebelah petangnya, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA mengagihkan bubur lambuk kepada Warga PETRA, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).