Program Kerohanian Bina Insan MADANI 2025 (Fasa II) di Masjid Universiti Putra Malaysia

YAB Dato Sri' Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melaksanakan solat subuh hari ini di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) bersempena dengan Program Kerohanian Bina Insan Madani 2025 (Fasa II).
Selepas solat subuh berjemaah, Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah, Ahli Sekretariat Duat Al-Falah JAKIM menyampaikan takzirah subuh bertajuk "Syawal Kesinambungan Bulan Ramadan". Kemudiannya YAB Dato' Seri menyempurnakan penyerahan mock cek Dana Wakaf Ilmu UPM, Van Mobiliti OKU bernilai RM205,700.00 serta Foodbank Pelajar UPM 2025-2026 bernilai RM100,000.00 merasmikan Al Biruni Space Masjid UPM serta merasmikan penutupan Program Kerohanian Bina Insan Madani 2025 (Fasa II).