Program Lawatan Kerja Santuni MADANI ke Kampung Kebun Baharu, Batu 9, Telok Panglima Garang

YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah meninjau dan menyantuni masyarakat di sekitar Kampung Kebun Baharu. Lawatan kerja tersebut bermula dengan meninjau Projek Baik Pulih Kemudahan Tandas di Surau Al-Jaafar yang telah pun siap sepenuhnya.
Usai solat Asar, beliau telah menyempurnakan Majlis Perasmian Dewan Dato' Zaidi Karli yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu.
Selesai perasmian Dewan tersebut, beliau turut meluangkan masa menghadiri Majlis Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Selangor 2025 anjuran TNB di Masjid Al-Amin.