Program Sabah Electricity Bersama Komuniti, Rumah Terbuka Krismas 2024 dan Tahun Baharu Cina 2025

YB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof hadir ke Program Sabah Electricity Bersama Komuniti, Rumah Terbuka Krismas 2024 dan Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Seri Sulaman, Tuaran Sabah pagi tadi.
Dalam program tadi, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyerahkan kuasa kawal selia bekalan elektrik di negeri Sabah dan sekali gus dapat membantu Kerajaan Negeri memenuhi peningkatan permintaan elektrik di negeri Sabah.
Turut hadir sama YB Datuk Shahelmey Yahya, Timbalan Ketua Menteri Sabah III merangkap Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Pengerusi Sabah Electricity merangkap Ahli Parlimen P.170 Tuaran.