Sesi Perjumpaan KSU bersama Pegawai Gred 41 dan 44 PETRA, Putrajaya
YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA telah meluangkan masa mengadakan perjumpaan bersama para pegawai PETRA gred 41 dan 44 di Dewan Baiduri pada 4 November 2024 (Isnin).
Semasa sesi perjumpaan tersebut, YBhg. Dato' KSU telah menyampaikan amanat dan seruan kepada seramai 74 pegawai gred 41 dan 44 agar terus berkhidmat dengan berpandukan 5 Nilai Penjawat Awam HEMAT.
YBhg. Dato' KSU turut menyelitkan kata-kata semangat kepada para pegawai untuk bersifat ikhlas, jujur dan beramanah semasa melaksanakan tugasan kepada rakyat.