Tinjauan Kerja ke Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah mengadakan Tinjauan Kerja ke Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Papan, Kinta, Perak (Pakej 1).
Turut dihadiri oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA dan YBrs. Ir. Ts. Haji Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.
Projek ini merupakan projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-10. Ia yang berjaya disiapkan mengikut tempoh kontrak yang ditetapkan ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 250,000 penduduk di Ipoh, Perak dan mampu menampung sehingga 500,000 penduduk setempat menjelang 2045.