Tinjauan PETRA Skuad bagi Inisiatif Pemasangan Smart Water Meter, Melaka
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta PETRA Skuad telah menuju ke Ayer Keroh bagi meninjau keadaan pemasangan Smart Water Meter.
Smart Water Meter ini dipasang bagi meningkatkan kecekapan bacaan meter, memastikan kitaran bil yang konsisten selain mengutamakan inisiatif bil tanpa kertas (e-Biling).