Tinjaun Kerja Ops Sedut Indah Water Konsortium Sdn. Bhd, Melaka
Dalam pergerakan seterusnya bagi Program PETRA Skuad YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah ke Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah untuk meninjau Ops Sedut yang dijalankan oleh IWK.
Ops Sedut IWK merupakan program kesedaran dan sesi libat urus bersama komuniti dalam meningkatkan kefahaman semua pemilik tangki septik untuk menjalankan tanggungjawab mengosongkan tangki septik.
Usaha ini adalah penting untuk memastikan persekitaran yang bersih dan mengelakkan sebarang risiko pencemaran kepada saliran awam.
Terdapat kira-kira 67,009 pengguna tangki septik yang perlu menjalani proses nyahenapcemar secara berkala bagi memastikan tangki tidak penuh dan sistem pembetungan terjaga di negeri Melaka.
Pengosongan tangki septik yang dijalankan di Masjid Ar Rasyidin dan tangki masjid ini adalah sebesar 5.0m3, selain itu, IWK juga telah membuat perkhidmatan secara percuma bagi pengosongan tangki septik untuk rumah-rumah ibadah yang lain.