Sekitar Majlis Peluncuran Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040, MITEC, Kuala Lumpur
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air telah hadir ke Majlis Peluncuran Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) di MITEC Kuala Lumpur petang tadi.
Pelan Hala Tuju Transformasi Air (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau. Sebagai salah satu agenda nasional, AIR 2040 bertujuan mentransformasi sektor air negara menjadi mampan dan pemangkin pembangunan ekonomi, menjamin bekalan air berkualiti dan memajukan bidang sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE).
AIR 2040 yang dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun menerusi empat (4) fasa di bawah Rancangan Malaysia ini bakal memacu keterjaminan dalam aspek kesejahteraan rakyat.