Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengiringi Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Bersama (AKRAB) hari ini, 14 Jun 2024 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) ini mempunyai keahlian seramai 22,379 orang yang diberi pentauliahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
AKRAB berfungsi sebagai ejen penggerak perubahan Kerajaan serta bertanggungjawab membentuk rakan yang membantu rakan dalam memupuk semangat berpasukan, keharmonian dan sifat saling menghormati antara satu sama lain.
Turut hadir ke majlis adalah YBhg. Dato Mad Zaidi Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA serta warga PETRA.