Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PETRA Tahun 2023, Cyberjaya
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 PETRA hari ini, 6 Ogos 2024 (Selasa) di Cyberjaya.
Seramai 159 orang warga Kementerian dan Jabatan yang telah diraikan atas sumbangan perkhidmatan dan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2023, selain penglibatan aktif di luar tugas rasmi antaranya kegiatan sukan, kemasyarakatan, persatuan serta sumbangan-sumbangan lain yang memberi manfaat kepada komuniti, organisasi dan negara.
Tahniah dan syabas buat semua yang telah menerima anugerah pada hari ini! Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga PETRA untuk meningkatkan motivasi selain kompetensi diri agar terus cemerlang.
Turut hadir, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir Timbalan Menteri PETRA; YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA; YBhg. Dato' Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin TKSU (Tenaga) PETRA; YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, TKSU (Sektor Air) PETRA serta YBrs. Encik Mohd Norhisham bin Musa SUBK (Pengurusan) PETRA.