BELANJAWAN 2025: MEMBUGAR EKONOMI, MENJANA PERUBAHAN, MENSEJAHTERA RAKYAT
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) menyambut baik dan menyokong penuh Belanjawan 2025 berjumlah RM 421 bilion yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Parlimen, pada 18 Oktober 2024.
Peruntukan ini merangkumi perbelanjaan mengurus berjumlah RM362.67 Juta dan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM4.59 bilion, selari dengan cabaran perubahan iklim yang semakin ketara.