Majlis Perasmian CETA Summit 2024, KLCC
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga & Transformasi Air (PETRA) telah merasmikan Majlis Peralihan Tenaga Bersih Asia (CETA) yang berlangsung pada 9 Oktober 2024 bertempat di Exhibition Hall KLCC.
Dalam Majlis tersebut, beliau turut menegaskan akan komitmen Malaysia bagi mencapai sifar bersih menjelang 2050, dengan menyasarkan 40% tenaga boleh baharu dalam campuran tenaga negara dan pengurangan penggunaan arang batu secara berperingkat menjelang 2035 melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).
Selesai majlis, beliau turut meluangkan masa melawat reruai IGEM dan beramah mesra bersama para petugas.
Hadir sama YBhg Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam; YBhg. Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Dato' Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).