Dialog Belanjawan 2025 PETRA, Bangsar
Dialog Belanjawan 2025 PETRA hari ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof juga Menteri PETRA di Leo Moggie Convention Centre, TNB Platinum, Bangsar.
Sesi dialog ini bertujuan mendapatkan maklumat secara menyeluruh daripada pelbagai pihak berkaitan bidang tumpuan PETRA, yang boleh dipertimbangkan dalam kerangka Belanjawan 2025.
Hadir bersama YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA; YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, KSU PETRA; YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin TKSU (Tenaga) PETRA; YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, TKSU (Air) PETRA YBrs. Encik Mohd Norhisham bin Musa SUBK (Pengurusan) PETRA serta barisan pengurusan tertinggi PETRA.