Projek Post Blackout Initiave (PBI) - Online Monitoring
Projek Post Blackout Initiave (PBI) - Online Monitoring untuk talian 132kV Beaufort-Labuan telah berjaya dimulatugas dan ditauliahkan pada jam 3.43 pm Isnin, 5 Februari 2024.
Objektif projek adalah menaiktaraf sistem perlindungan talian 132kV dan meningkat kepantasan pemulihan kerosakan talian. Skop kerja melibatkan rentangan kabel optik talian atas (opgw) sepanjang 14km di Labuan, 15km di dasar laut Menumbok-Tanjung Aru dan 58km optik kabel Menumbok-Beaufort.
Peralatan perlindungan juga dipasang di ke semua 4 stesen iaitu PMU Rancha-rancha & Stesen Tanjung Aru di Labuan serta Stesen Lambidan, Menumbok dan PMU Beaufort di Sabah.
Kos projek berjumlah RM41 juta dan telah siap awal 1 bulan dari tarikh siap semasa iaitu pada 4 Mac 2024.