Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah menghadiri Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 bertempat di Tebingan Kuching, Sarawak.
Majlis telah dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2024 bertujuan memperbaharui fokus terhadap kepentingan dan manfaat pengurusan air untuk keamanan melalui peningkatan kerjasama secara berkesan dan mengelak pertikaian berkaitan air sejajar dengan aspirasi temanya tahun ini, ‘Air untuk Keamanan’.
Seiring dengan tema Hari Air sedunia tahun ini, Kerajaan tekad untuk memperkukuhkan pelaksanaan transformasi sektor air demi memastikan bekalan air yang terjamin dan selamat kepada rakyat melalui pemanfaatan teknologi pintar dan pendigitalan untuk meningkatkan kecekapan.
YAB TPM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Premier Sarawak kerana sudi hadir untuk merasmikan Hari Air Sedunia 2024 ini dan kepada negeri Sarawak kerana telah menjadi Tuan Rumah bagi sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2024.
Semoga Sambutan ini dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya air yang aman di dalam kehidupan kita, dan melaluinya kita mengorak langkah bersama untuk menjaga dan memulihara sumber khazanah negara.
Turut hadir,
i. YAB Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak,
ii. YAB Dato' Sri Haji Juliahi bin Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Pengerusi bersama Hari Air Sedunia Tahun 2024,
iii. YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
iv. YAB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak,
v. YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)