Hari ke-3 Lawatan Kerja KSU PETRA ke Pulau Langkawi
YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan kerja pada 28 Mei 2024 (Selasa) di Langkawi.
KSU PETRA memulakan lawatan kerja ke Cenang, Langkawi bagi menghadiri sesi taklimat Projek Meningkatkan Sistem Pengepaman di Padang Matsirat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah.
Seterusnya, beliau telah membuat lawatan kerja ke tapak projek berkenaan di Padang Matsirat untuk meninjau perkembangan projek tersebut.