International Sustainable Energy Summit, KLCC
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memberikan ucaptama bagi ????????????? ??????????? ?????? ?????? (ISES) Ke-6 2024 anjuran ??????????? ?????? ??????????? ????????? (SEDA) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Beliau dalam ucaptamanya menyatakan visi dan usaha peralihan tenaga yang akan menyokong hasrat negara untuk memenuhi komitmen perubahan iklim negara, seiring dengan usaha peralihan tenaga yang adil, saksama dan inklusif.
Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor bekalan elektrik yang merupakan pemangkin pembangunan ekonomi negara, PETRA akan meneruskan usaha untuk menyokong dan memudah cara pencapaian aspirasi peralihan tenaga negara dengan memastikan pembangunan sistem bekalan elektrik yang berdaya harap, mampu bayar dan mapan ke arah merealisasikan aspirasi negara menjadi neutral karbon menjelang 2050.
Hadir sama, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA, YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, KSU PETRA, YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin TKSU (Tenaga) PETRA, YBrs. Tuan Ahmad Zairin bin Ismail, Pengerusi SEDA, YBhg. Dato’ Hamzah bin Hussin, Ketua Eksekutif SEDA serta YBrs. Encik Mohd Norhisham bin Musa SUBK (Pengurusan) PETRA.