Peluncuran Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP)
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengiringi Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Peluncuran Kerian Intergrated Green Industrial Park (KIGIP) pada 15 Jun 2024 (Sabtu).
Majlis telah dirasmikan oleh YAB PM Malaysia di Dewan Dato Zainal Abidin, Bagan Serai.
KIGIP merupakan satu projek taman perindustrian yang akan dijana oleh tenaga solar sebagai sumber tenaga hijau utama.
Majlis peluncuran ini adalah susulan perancangan untuk membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak, seperti diumumkan dalam Belanjawan 2024.
Projek ini juga berfungsi untuk menyalurkan air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah dan seterusnya menyediakan bekalan air terawat bagi Perak Utara.
YAB PM turut menyatakan bahawa taman perindustrian yang menggunakan sumber tenaga hijau tersebut merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk menarik kemasukan pelabur ke negara ini.
Hadir menyerikan majlis YAB Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Malaysia, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia serta YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.