Kunjungan Hormat Lembaga Jurutera Malaysia ke atas KSU PETRA
YBhg Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Jurutera Malaysia atau juga dikenali sebagai ????? ?? ????????? ???????? (BEM), hari ini bersamaan 26 Julai 2024 (Jumaat), di Menara PETRA.
Kunjungan ini bertujuan bagi memperkenalkan barisan kepimpinan BEM di samping menjelaskan fungsi dan peranan BEM. BEM turut menerangkan kepentingan pendaftaran pengiktirafan Jurutera Profesional di kalangan Jurutera PETRA bagi penglibatan bersama-sama pada masa hadapan.
Hadir dari BEM, YBhg. Datuk Wira Ir. Md Sidek bin Ahmad, Pengerusi Pelan Strategik M3.3.1 WG BEM; Ir. Fam Yew Hin, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Korporat BEM serta wakil-wakil dari BEM.