Lawatan Mengejut KSU PETRA ke Agensi PETRA
YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan mengejut ke beberapa Agensi di bawah PETRA pada 10 Jun 2024 (Isnin).
Tujuan tinjauan ini adalah bagi memantau pengoperasian agensi-agensi serta perkhidmatan yang dijalankan berada pada tahap optimum.
Antara agensi yang telah dilawat adalah:
1. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Cyberjaya
2. Suruhanjaya Air Negara (SPAN), Cyberjaya
3. Suruhanjaya Tenaga (ST), Putrajaya.