Lawatan Turun Padang SUBK PETRA ke Parit Yaani, Batu Pahat, Johor
YBrs. Encik Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA telah mengadakan lawatan ke Parit Yaani, Batu Pahat, Johor bagi meninjau permasalahan banjir dan mendapatkan gambaran sebenar serta tindakan susulan yang perlu diambil segera oleh pihak PETRA dan JPS.
Lawatan turun padang ini turut disertai YB Datuk Mohamad Najib Samuri, ADUN Parit Yaani; Datuk Mohd Lassim Burhan, Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Penolong Jurutera Daerah JPS Batu Pahat, Ir. Muhammad Hilmi Hassan.
Kerajaan Persekutuan melalui PETRA serius dan komited untuk mengatasi risiko banjir yang berlaku di seluruh negara melalui pelbagai program dan projek yang sedang dan akan dilaksanakan, sama ada penyelesaian jangka pendek mahupun jangka panjang demi kesejahteraan rakyat.