Majlis Berbuka Puasa YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Bersama Warga PETRA
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Petra di Dewan Baiduri, Menara PETRA pada 20 Mac 2024 (Rabu). YAB TPM juga telah berkesempatan mendengarkan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Nor Azamir bin Haji Alias,Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Sejurus itu, YAB TPM telah memberikan sedikit sumbangan kepada Warga PETRA serta 36 orang anak yatim Persatuan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah sebelum masuknya waktu berbuka. Selepas berbuka, YAB TPM telah menunaikan solat maghrib bersama-sama warga PETRA. Turut hadir bersama-sama adalah YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA, YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA serta barisan kepimpinan tertinggi PETRA.