Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2024, Kuantan, Pahang
YBhg. Dato' Mad Zaidi Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA hari ini bersamaan 6 Julai 2024 telah menghadiri Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang juga dirasmikan oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Kampung Chengal Lempong, Balok, Kuantan, Pahang.
Inisiatif Perdana Menteri ini bertujuan bagi memangkin pembangunan kawasan luar bandar atau tradisional dengan menggunakan prinsip-prinsip moden dalam pembangunan menerusi Belanjawan 2024 melalui pendekatan 'Whole of Government'.
Program ini turut melibatkan penglibatan komuniti tempatan dalam proses pembangunan untuk memastikan kelestarian sosioekonomi dan kebudayaan masyarakat setempat dapat dikekalkan.