Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kediaman Rasmi Sri Satria, Putrajaya.
Kunjungan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia telah menyerikan lagi suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini.
Hadir memeriahkan majlis, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA, YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, barisan pengurusan tertinggi PETRA, Menteri-menteri kabinet serta Duta-Duta Asing dari pelbagai Negara.
Majlis juga kelihatan begitu meriah dengan kehadiran para pengunjung dari pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat. Beraneka juadah turut disediakan buat para tetamu untuk dinikmati bersama-sama.
Jutaan terima kasih diucapkan atas kehadiran semua, semoga silaturrahim yang telah terjalin makin utuh melalui pertemuan di majlis ini.