Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2024M/1446H, PICC Putrajaya
Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2024M/1446H yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Majlis diserikan dengan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Warga PETRA juga tidak melepaskan peluang menghadiri majlis dan mendengarkan perkongsian ilmiah bagi meraikan hari yang mulia ini.