Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MELP
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MELP yang pertama pagi tadi.
Malaysia Energy Literacy Program (MELP) akan bertindak sebagai platform untuk menyediakan akses kepada maklumat yang tepat dan boleh dipercayai mengenai tenaga serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang agenda peralihan tenaga.
Jawatankuasa Pemandu ini turut dianggotai oleh Sektor Tenaga dan UKK PETRA, Suruhanjaya Tenaga, SEDA, TNB, Yayasan Hijau Malaysia, MGTC, MyPOWER dan beberapa penjana bebas seperti Malakoff Corporation.
Sumber: Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia)