Mesyuarat Mekanisme Pelaksanaan Transformasi Air di Kompleks F
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menghadiri Mesyuarat Mekanisme Pelaksanaan Transformasi Sektor Air di Kompleks F, Putrajaya.
Mesyuarat membincangkan perihal perkembangan dan hala tuju perkhidmatan sektor air di Malaysia. Mesyuarat ini telah berlangsung selama dua (2) hari; bermula pada 22 Julai 2024 (Isnin) ke 23 Julai 2024 (Selasa).
Hadir sama, YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA serta YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Air) PETRA..