Majlis Perasmian National Conference On Stormwater Management (SWAM) 2024
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah merasmikan Majlis Perasmian National Conference On Stormwater Management (SWAM) 2024 anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Pertubuhan Saliran Mesra Alam Malaysia (Malaysian Stormwater Organisation, MSO) di Millineum Grand Ballroom, Le Meridien Hotel Putrajaya pada 28 Mei 2024 (Selasa).
Tujuan persidangan ini adalah untuk menyebarkan maklumat kepada pihak berkepentingan mengenai kepentingan daya tahan pengurusan air hujan untuk pembangunan masa depan dan juga untuk mempromosikan pendekatan terkini dalam pengurusan air hujan.
YAB TPM juga turut menekankan bahawa kerjasama antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), serta pemaju amat penting dalam melaksanakan MSMA secara efektif.
Semua pihak terlibat memastikan pelaksanaan MSMA diperkukuhkan dan dikuatkuasakan melalui langkah-langkah undang-undang yang sewajarnya.
Turut hadir, YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Air) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta YBhg. Mejar (K), Dato' Ir Dr. Hj Ahmad Anuar Othman, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.