Majlis Perasmian Open Cycle Gas Turbine Nur Power serta MOU Perjanjian Pelaburan UEM Lestra SDN BHD dan Nur Power SDN BHD, Kedah
Sekitar Majlis Perasmian Open Cycle Gas Turbine Nur Power serta MOU Perjanjian Pelaburan UEM Lestra SDN BHD dan Nur Power SDN BHD di Stesen Janakuasa NUR Power, Kulim Hi Tech Park, Kulim Kedah hari ini 30 Ogos 2024 (Jumaat).
Majlis telah dihadiri oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air PETRA.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor serta YBhg. Dato’ Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA.