Perasmian Laman PETRA
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah merasmikan Laman PETRA bertempat di Menara PETRA pada 20 Mac 2024 (Rabu).
Turut hadir bersama-sama adalah YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA, YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA, YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Air) PETRA serta YBrs. Encik Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA.