Penilaian Pertandingan Keceriaan antara Kementerian
Penilaian Pertandingan Keceriaan antara Kementerian turut dijalankan sewaktu Majlis Pelancaran Program Jiwa Merdeka berlangsung.
Juri jemputan khas daripada Jabatan Penerangan iaitu Puan Azwarni Herni binti Che Noh serta dari Jabatan Lanskap Negara, Encik Ahmad Benbela Muzakal bin Mohd Zawawi dijemput bagi menilai pertandingan ini.
Antara aras yang telah dilawati adalah:
i. Bahagian Pengurusan dan Maklumat
ii. Pejabat Ketua Setiausaha, Bahagian Pembangunan dan Unit Audit Dalam
iii. Bahagian Air dan Pembetungan dan Unit Undang-Undang.