Program Berbasikal Kumpulan Korporat ke Janamanjung Fellowship Ride 2024, Teluk Batik, Lumut, Perak
YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof bersama YB Timbalan Menteri PETRA, Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir serta Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli pagi tadi menyertai acara berbasikal secara kumpulan korporat ke Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) 2024 anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Bersempena ulang tahun ke-75 TNB yang telah disambut pada 1 September 2024 yang lalu, "Ride Together : Energy, Progress, Sustainability" menjadi tema bagi sambutan tahun ini.
Aktiviti berbasikal ini selain mengeratkan semangat perpaduan dan keakraban di kalangan komuniti, ia juga menjadi lambang komitmen dalam menyokong perkembangan dan inovasi sektor tenaga bagi membina masa depan yang lebih mampan.