Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan PETRA Bil. 1/2024 di Menara PETRA
Sekitar Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan PETRA Bil 1/2024 yang telah diadakan pada 10 Mei 2024 (Jumaat) di Menara PETRA.
PUSPANITA Cawangan PETRA ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 19 Mac 2024.
Puan Roshana Alma binti Mohd Ali yang juga merupakan Setiausaha Bahagian Sumber Air PETRA telah dilantik sebagai Pengerusi PUSPANITA PETRA pada 23 Januari 2024. Manakala, penaung bagi PUSPANITA PETRA adalah YBhg. Datin Sri Hajah Ruziah binti Mohd Tahir.
Dalam mesyuarat agung ini, sebanyak 14 Ahli Jawatankuasa telah dilantik yang menjadikan keseluruhan Jawatankuasa Tertinggi PUSPANITA PETRA seramai 17 orang.