Lawatan Teknikal ke Kemudahan Rawatan Air Mentah dan Air Kumbahan Wessex Water, London
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan lawatan teknikal ke kemudahan rawatan air mentah dan air kumbahan milik Wessex Water pada 26 Jun 2024 (Rabu).
Wessex Water adalah syarikat perkhidmatan air dan pembentungan di Bath, Barat London, yang dimiliki YTL Power International Berhad.
Beliau juga berkesempatan mendengar taklimat mengenai kemudahan rawatan air mentah dan air kumbahan milik Wessex Water disampaikan oleh Ruth Jefferson ; Ashlea Lane, Director of Water Recycling - Wessex Water dan Paul Saynor, Director of Water Production - Wessex Water.
Turut hadir, TYT Dato’ Zakri Jaafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom; YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA; YBhg. Dato’ Ir Ts Abdul Razib Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Tenaga (ST); YBhg. Dato’ Hamzah Hussin, CEO Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) serta Ir. Muhamad Nazri bin Pazil, Pengarah Urusan TNB Genco.