31st Annual Meeting (RE-SSN) Meeting of the Asean Energy Coorperation
YBhg. Dato Mad Zaidi Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menjadi hos kepada 31st Annual Meeting of Renewable Energy Sub-sector Network (RE-SSN) Meeting of the Asean Energy Coorperation pada 13 Jun 2024 (Khamis) di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Mesyuarat yang dipengerusikan Malaysia ini bertujuan memperkukuhkan hubungan diantara negara-negara ASEAN terutamanya dalam aspek peralihan tenaga dan penyahkarbonan lanskap tenaga ASEAN untuk menyelaraskan komitmen negara dalam mengurangkan jejak karbon sektor tenaga.
Hadir sama, YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA dan pegawai-pegawai kanan daripada negara ASEAN yang bertanggungjawab terhadap pembangunan Tenaga Boleh Baharu (TBB).