Sambutan Hari Kebangsaan 2024, Putrajaya
Detik-detik bermakna dari lensa PETRA bagi Hari Kebangsaan 2024 bertempat di Dataran Putrajaya.
Majlis diserikan dengan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA turut hadir mengiringi YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Seramai 6 orang wakil dari PETRA telah turut serta sebagai Kontinjen Penjawat Awam bagi acara perbarisan hari ini.
Hadir sama, YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, KSU PETRA serta YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin TKSU (Tenaga) PETRA.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan. Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka!