Sesi Dialog Kecekapan Tenaga Bersama YAB TPM Merangkap Menteri PETRA, Le Meredian Putrajaya
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga & Transformasi Air (PETRA) telah memberikan ucapan bagi Sesi Dialog Kecekapan Tenaga bertempat di Le Meridian, Putrajaya pada 10 Oktober 2024 (Khamis).
Dialog hari ini berperanan sebagai wadah untuk pemegang taruh berkongsi idea, pengalaman dan teknologi terkini mengenai kesedaran kelestarian tenaga, dengan penekanan khusus pada kecekapan tenaga.
Sebagai first fuel dalam peralihan tenaga yang mampan dan langkah mitigasi perubahan iklim yang berkesan, kecekapan tenaga merupakan salah satu strategi penting bagi memastikan matlamat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan sasaran pelepasan sifar bersih pada tahun 2050 dapat direalisasikan.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin TKSU (Tenaga) PETRA serta YBhg. Dato’ Ir Ts Abdul Razib Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Tenaga (ST).