Sesi Temu Bual SPM SU BPSA PETRA, Kuala Lumpur
Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBrs. Encik Mohd Faizal bin Harun telah hadir ke sesi temu bual Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1 yang bersiaran secara langsung dari Angkasapuri RTM, Kuala Lumpur bagi mempromosikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Sarawakku Sayang, hari ini.
Turut bersama beliau semasa sesi temu bual ini ialah wakil daripada Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri, Encik Mohd Zammidi bin Mohd Asri selaku Penyelaras PMR.
Penganjuran PMR 2024 Sarawakku Sayang yang dilaksanakan secara kerjasama strategik antara PETRA selaku kementerian peneraju PACU dan kerajaan Sarawak ini akan berlangsung pada 27 sehingga 29 September 2024 di Pekarangan Boulevard Mall, Miri, Sarawak.