Water Malaysian 2024 Specialised Conference and Exhibition “Operationalizing Water Transformation: New Strategies and Actions” di Wyndham Grand Bangsar
YAB Dato’ Sri Haji Fadhilah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah merasmikan Water Malaysian 2024 Specialised Conference and Exhibition “Operationalizing Water Transformation: New Strategies and Actions” di Wyndham Grand Bangsar pada 16 Julai 2024 (Selasa).
YAB TPM yang juga merupakan Menteri PETRA menekankan dalam ucapannya bahawa matlamat persidangan ini adalah untuk mendalami strategi dan pelan tindakan yang penting bagi mencapai matlamat negara dalam keselamatan, kemampanan dan kecukupan air.
Selain itu, persidangan ini juga menekankan peranan penting sektor perniagaan dalam pengurusan air yang akan memupuk kerjasama merentas sektor dan kepentingan persekitaran yang kondusif.
Hadir sama, YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli , KSU PETRA dan YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, TKSU (Sektor Air) PETRA.