Hari Terbuka Pengurusan Sumber Manusia dan Kempen Derma Darah
Program 4 Disember 2024 Menara PETRA
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengadakan Hari Terbuka Pengurusan Sumber Manusia, PETRA pada 4 dan 5 Disember 2024.
Hari Terbuka ini memberi peluang kepada Warga PETRA untuk membuat semakan Buku Perkhidmatan, semakan dan pengemaskinian maklumat dalam HRMIS, mendapatkan khidmat nasihat psikologi, bertanya berkaitan penilaian prestasi, juga terdapat Klinik Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Aktiviti Derma Darah yang dikendalikan oleh Pusat Darah Negara juga diadakan semasa Hari Terbuka ini untuk menggalakkan Warga PETRA menderma darah untuk membantu pesakit yang memerlukan.