NWICE 2024 : Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat
Program 26 November 2024 KLCC
Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan Ke-2 (National Water Innovation, Conferece and Exhibition - NWICE) 2024 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA pada 26 November 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Majlis yang bertemakan "Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat" ini berlangsung selama tiga (3) hari menyediakan platform perkongsian ilmu, pengetahuan serta maklumat semasa berkaitan dengan penyelidikan, pembangunan dan infrastruktur sektor air dan pembetungan negara.