Projek Penyahtauliahan Tangki Septik di Kediaman Penduduk Taman Seputih
Program 29 November 2024 Kuala Lumpur
YB Timbalan Menteri PETRA, Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir telah melakukan lawatan kerja ke Projek Penyahtauliahan Tangki Septik Individu (IST) dan Kerja-kerja Penyambungan ke Rangkaian Paip Pembetungan Awam di Jalan Sungai Manggis, Seputeh Kuala Lumpur pagi tadi.
Projek yang melibatkan 129 buah rumah persendirian ini dijangka akan siap sepenuhnya hujung Disember 2024.
Penyahtauliahan sistem rawatan kumbahan jenis IST ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah berkaitan sistem rawatan kumbahan sedia ada malah kumbahan dari rumah dapat dirawat sebelum dialirkan ke loji rawatan kumbahan berpusat.
Seterusnya dapat mengurangkan potensi pencemaran sungai dan menjamin kelestarian sumber air.