Sesi Flag Off PETRA Skuad, 2024
Program 16 November 2024 Menara PETRA
Hari yang dinantikan kini tiba!
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menyempurnakan sesi ???? ??? bagi program PETRA Skuad anjuran PETRA.
Program ini merupakan program turun padang oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri PETRA bersama-sama pengurusan tertinggi PETRA dari Kementerian, jabatan serta agensi untuk memberi pencerahan dan gambaran keseluruhan mengenai situasi semasa serta pelan jangka panjang kerajaan dalam memastikan rakyat dapat menikmati akses kepada tenaga dan air yang mencukupi, mampan dan selamat untuk kesejahteraan rakyat.
Lawatan ini turut dilakukan untuk mendapatkan maklum balas daripada masyarakat secara terus berkenaan isu-isu tenaga dan air bagi dapat meningkatkan keberkesananpenguatkuasaan dasar yang dilaksanakan.
Hadir sama menjayakan program ini YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, TKSU (Air) PETRA serta barisan pengurusan tertinggi PETRA, jabatan dan agensinya.