Sesi Pembentangan Mengenai Cadangan Kuching Bypass Channel
Mesyuarat 3 Disember 2024 Menara PETRA
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah meluangkan masa untuk mendengar taklimat berhubung cadangan Kuching Bypass Channel.
Sesi pembentangan ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA, YBhg. Dato' Norhisham Bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS, YBrs. Ir. Amiruddin Bin Alaldin dan wakil-wakil dari PETRA dan JPS.